Wisdom Teeth =.=
Wisdom tooth atau Gigi bongsu. Apa tu? Nat pinjam info ni dari Abang Google. hehehe
Gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun.
Gigi bongsu termasuk dalam kategori struktur vestigial, iaitu struktur yang fungsi awalnya hilang atau berkurangan selaras dengan evolusi. Banyak ahli sains berpendapat bahawa perubahan jenis makanan pada manusia moden daripada bahan mentah menjadi dimasak menjadikan makanan lebih lembut. Selain itu, pemeliharaan gigi moden mengalami kemajuan pesat. Akibatnya kerosakan pada gigi berkurang. Kehadiran gigi bungsu yang diperkirakan dapat membantu bila ada geraham lain yang menjadi tidak berguna, malah pada kebanyakan orang menjadi masalah.
Fokus kat baris terakhir tu jap xD
Nat memang setuju sebab Nat sendiri pernah rasa sakitnya tu suppp sampai ke atas. Eh tiru ayat iklan Sensodyne pulak dah. Serious, sakit bila wisdom tooth buat hal. Nat punya dulu sampai lelangit mula kekuningan kena infection. Masa tu dia tumbuh kat gigi baris atas. Bengkak lelangit. Reddish and yellowish, hambek dua-dua sekali warna keluar. Masa dah jadi macam tu baru sibuk nak pergi jumpa Dentist๐ Emergency terus pergi cari dentist kat Kuching. Masa first appointment tu dentist cakap yang wisdom tooth Nat belum keluar sangat jadi susah nak cabut since kalau boleh, dia nak avoid removal through surgery (especially yang tumbuh kat baris bawah. Wisdom teeth Nat yang kat bawah tu tumbuh senget. huhuu) SURGERY? Bulat terus mata den ๐
Then dia arrange next appointment tapi Nat terpaksa cancel sebab Nat dah balik Bintulu. Di Bintulu, Nat pergi jumpa dentist favourite Nat. Dari kecik memang pergi klinik dia. Basically gigi-gigi Nat kebanyakannya dia yang cabutlah hehe =D yang Nat cabut sendiri tu lain ceritalah ehh. Yang tu dikecualikan xD Takda rasa nervous langsung masa tu. Masuk bilik pun dengan confident. Confident kau! Then dentist check. Dia cakap wisdom tooth tu boleh remove dah. Luckily dia cakap yang baris atas tu boleh remove macam biasa. So dia mula bagi injection untuk bius. Jarum dia makkkkk besar! Dentist tu gelak tengok muka cuak I. Takleh selindung dah. Masa shots tu masuk, meleleh air mata. Sakitnya tu supppp sampai ke atas tau? xD Then bila ubat bius tu dah meresap, semua jadi numb. Macam lagu Linkin Park tu. Rasa macam mulut kembang tapi bila sentuh memang tak ada rasa sakit. KRKKK gituu bunyi bila dentist tarik keluar wisdom tooth. Amazed sekejap sebab akar dia panjang! Besar pulak tu xD Dentist bekalkan painkiller, gauze and antibiotic (sebab Nat ada infection kan). Terbang rm150 huhuhu *sobs*
A few months later ... gusi mula bengkak so Nat pergi jumpa dentist for the second time. Kali ni baris atas jugak tapi belah yang satu lagi lah. Dentist remove macam biasa. Bius kali ni tak rasa sakit. Macam injection biasa. Bila dah keluar tu, dentist bekalkan painkiller dengan gauze. This time no antibiotic sebab takda drama merah merah kuning kuning oleh gusi dan lelangit xD Rm90 pula terbang *part ni mmg sobss lah sama macam yang sebelum ni * Wisdom teeth Nat yang tumbuh di baris bawah (yang senget tu ), hari tu ada gak sakit tapi cekalkan hati tak nak jumpa dentist. Makan guna sebelah je. Bila sebelah pulak sakit, guna belah yang satu lagi xD Last-last ok dah. Takda sakit, takda apa. But lepas ni kalau sakit lagi, memang jumpa dentist laa. Takut kalau-kalau dia langgar gigi sebelah pulak. Naya hilang satu gigi extra!
Panjangnya second entry xD
Thank you sebab sudi baca pengalaman Wisdom Teeth Nat xD
Nahh Nat share sikit gambar Si Wisdom Tooth yang kurang bijak ni ๐
Comments
Post a Comment